TENTU RAMAI YANG NAK MEMULAKAN PERNIAGAAN TAPI TAK TAU MACAMANA NAK MULAKAN. ARTIKAL INI SAYA AMBIL DARI BLOG >> mybaha76.blogspot.com
Mulakan perniagaan dari yang kecil.
Selalu ditanya, apa nak berniaga?. Semua perniagaan sebenarnya boleh mendatangkan keuntungan kalau kena caranya. Perkara pertamanya adalah kemahuan dari anda untuk berubah dan memulakan perniagaan. Kadang-kadang sudah ada idea nak berniaga, ditanya bagaimana modalnya pula. Sudah diberi modalnya, ditanya bagaimana dijual dan dimana tempatnya. Kalau gini, banyak alasan dan tak mahu belajar baik tak payah berniaga.
Selalu jika mahu memulakan perniagaan dikaitkan dengan modal dan duit. Saya nasihatkan anda mulakan dengan yang kecil-kecilan. Modal bukan semata-matanya duit, modal boleh dikira dari idea, bangunan, tanah, tenaga, perkhidmatan dan yang berkaitan dengannya. Anda baru memulakan perniagaan, anda perlu berlatih berniaga, jadi perkara yang baik sebenarnya anda mulakan dengan yang kecil. Jika anda ada RM 100, cuba fikirkan dengan duit tadi boleh anda gandakan menjadi RM200 dengan berniaga dan proses itu diteruskan dan diulang-ulangkan.
Dalam pengalaman lalu, saya pernah berjumpa seorang rakan yang sangat semangat dan kratif dengan idea. Masalahnya dalam perniagaan yang dia mahu jalankan perlukan modal. Dia memohon berbagai jenis pinjaman dari pinjaman bank hinggakan pinjaman agensi kerajaan. Akhirnya dia kecewa dengan menunggu dan berharap. Dia pada tahap yang lama setelah masa berlalu 3 tahun lamanya.
Dalam satu cerita yang lain, seorang rakan perniagaan saya meminjam bank untuk memulakan perniagaan. Dia membuka kedai makan dengan konsep cafe yang cantik dengan manu masakan yang terbaik. Masalahnya cafe yang dibuka terlalu banyak persaingan dan konsep moden membuatkan pelanggan yang kebanyakan orang tempatan yang kerja kampung takut untuk masuk ke cafe tersebut. Akhirnya sebelum 6 bulan cafe tersebut terpaksa ditutup dan modal RM300,000.00 pinjaman pribadi suami isteri yang dibuat dibank hangus begitu sahaja. Ingat! Elakan dari meminjam untuk memulakan perniagaan.
Biar kecil asalkan berhasil
Cikgu shima adalah seorang guru sekolah rendah dipekan tempat dia tinggal. Dia adalah peserta pertama dalam seminar “Anjakan paradigma, peta menuju kekayaan” sekitar tahun 2009. Dia datang kursus saya bersama anaknya yang masih bersekolah tingkatan 5 pada masa itu. Di akhir sasi, dengan muka sugal dia bertanyakan pendapat kepada saya. Masalah cikgu shima adalah tentangan dari keluarganya terutamanya dari suaminya untuk memulakan pusat tusyen. Saya memberikan semangat kepadanya dengan mencadangkan untuk dia membuat home tusyen terlebih dahulu sebelum dia membuka pusat tusyen. Alhamdulilah, nasihat saya diterima.
Saya mendapat panggilan telipon 6 bulan selepas itu dari cikgu shima dengan penuh ceria. Dia mengatakan yang dia telah mempunyai lebih 60 orang pelajar. Diceritakan dengannya dengan penuh semangat. Dia tidak lagi mempunyai masalah dengan keluarganya kerana semua keluarganya telah menyokongnya 100% terutamanya suaminya. Bila cikgu shima telah membuktikan dia berkebolehan menjalankan perniagaan dan berhasil semua akan suka dah dapat duit katanya.
Dari membuat tusyen dirumah dia mula mendapat permintaan dari ibu bapa dari hebahan dari mulut ke mulut. Dia terpaksa mengajikan rakan sekolahnya untuk membantunya dalam pengajaran. Setelah mempunyai keyakinan dan mendapat murid yang cukup dia mula mencari rumah kedai untuk dijadikan pusat tusyen.
Setalah 3 tahun berlalu cikgu syima sangat terkenal di daerahnya dengan kesungguhannya dan dia telah mempunyai 3 cawangan pusat tusyen. Saya sangat bangga dengan pencapainya setakat ini. Dia sudah berkira-kira untuk berkerja sepenuh masa dengan pusat tusyennya kerana saya yakin dia sudah seronok dengan perniagaan nya sekarang lebih-lebih lagi mendapat pedapatan yang lumayan.
Kekuatan pada cikgu syima adalah dia mahu dan bertindak memulakannya dia tidak menunggu titik kesempurnaan dalam memulakan perniagaannya. Sekiraya dia menunggu pinjaman baru memulakan perniagaan ada kemungkinan dia kecundang kerana dia perlukan masa untuk belajar system perjalanan pusat tusyen. Lagipun dia ada tanggungjawab lain dengan dia adalah guru di sekolah. Kedudukan dia menjadi seorang guru adalah penting kerana memerlukan rangkaian guru dan bakal pelangganya disamping repotasinya sebagai seorang pendidik. Bermulalah dimana sahaja titiknya kerana kesempurnaan perniagaan itu akan muncul bila mana perniagaan itu telah bermula. Baharuddin Mohamed
D'impian Group of Company